October 20th, 2015

Hanya mengalami kecederaan dalaman apabila terlibat dengan kemalangan baru-baru ini, Fara Mendoza melalui URTV telah meluahkan isi hatinya tentang persepsi orang ramai terhadapnya. Secara jujur, Abang Nara juga mempunyai tanggapan yang kurang elok tentang Fara Mendoza. Iyerlah, baju pun pakai baju adik, selalu pergi kelab malam dan macam-macam lagilah. Sedikit sebanyak apa yang dikongsikan oleh Fara menerusi laman sosialnya mempengaruhi persepsi orang ramai.

fara mendoza

Ikuti luahan hati Fara Mendoza di bawah ini:-

Kepada pihak luar sana yang masih memandang negatif terhadap saya, henti-hentikanlah Cukup-cukuplah buat spekulasi dan tuduhan yang bukan-bukan tentang saya. Kalaulah yang menuduh itu mengenali saya secara dekat, barulah mereka tahu siapa diri saya sebenarnya.

Saya tahu saya bukannya baik sangat. Ada yang menilai saya secara luaran melalui penampilan saya. Jangan ingat apabila saya berpakaian seksi itu saya murah. Jangan fikir apabila kontroversi melanda saya, itu bermakna saya gilakan publisiti murahan.

Paling penting, jangan hanya kerana saya digosip dengan mana-mana lelaki dan sering ke kelab dulu menunjukkan saya ini murah. Saya bukanlah wanita jalang!.

Seksi dan menggoda itu tidak semestinya jalang atau murah. Jangan hanya sekadar memandang luaran. Kenal dulu hati budi barulah menilai.

Saya juga sudah tidak ke kelab malam kerana banyak perkara buruk boleh berlaku apabila ke tempat itu. Saya tidak menyalahkan kelab malam atau mereka yang berkunjung ke sana, tetapi saya sendiri rasa sudah tidak sesuai untuk ke sana lagi.

fara mendoza

Apa pun Abang Nara gembira kerana Fara Mendoza sudah tidak pergi ke kelab malam. Sekurang-kurangnya ia satu permulaan yang baik untuk menjadi insan yang lebih baik. Sememangnya pakai seksi bukanlah bermakna kita jalang. Namun bila dah terdedah sana sini sepanjang masa, sedikit sebanyak ia mempengaruhi persepsi orang lain. Mungkin lepas ini Fara boleh berhenti memakai baju ‘adik’ dan mula mengenakan baju sendiri. Tak gitu?
fara mendoza

P.S: Comel dan cantiknya Bamboo Bottle by Raef nie. Memang sesuai sangat dijadikan doorgift, makanan ringan dan perhiasan. Confirm tetamu yang yang datang majlis anda akan gembira kalau dapat cenderahati daripada Raef’s ini. Nak tahu lebih lanjut? Whatsapp ke 0111- 311–7632 atau LIKE Facebook Bamboo Bottle by Raef.


Comments are closed.

Loading...