‘Sekolahkan’ Individu Tak Mahu Kuarantin, Netizen Puas Hati Dengan ‘Perutusan Khas’ Diva AA

Hiburan

‘Sekolahkan’ Individu Tak Mahu Kuarantin, Netizen Puas Hati Dengan ‘Perutusan Khas’ Diva AA

Susulan penularan wabak COVID-19 yang semakin mengganas dan sudah menyebabkan dua kematian di Malaysia, kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 – 31 Mac 2020  terhadap seluruh rakyat tempatan sebagai usaha membendung jangkitan wabak Coronavirus di negara ini. Bagaimanapun, ada segelintir rakyat ingkar dengan arahan tersebut.

perutusan khas diva aa

Advertisement

Situasi itu membangkitkan kemarahan netizen, mengapa ada lagi rakyat yang degil mempertaruhkan nyawa sendiri dan orang lain. Isu ini turut mendapat perhatian Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA yang tampil untuk “menegur” mereka yang begitu pentingkan diri sendiri dan masih tidak mahu berkuarantin di rumah.

“Merayap ke hulur hilir. Kenapa degil sangat?” – Diva AA

Kali ini sokong Diva AA, netizen puas hati

perutusan khas diva aa perutusan khas diva aa perutusan khas diva aa perutusan khas diva aa

Video ‘perutusan khasnya’ itu  membuatkan rata-rata netizen merasa puas hati. Memang kena pada bicaranya untuk “menyekolahkan” mereka yang masih selamba berhimpit-himpit di tempat awam dan bergerak ke sana sini walaupun dalam keadaan negara yang sangat terdedah kepada wabak COVID-19.

Untuk makluman, menurut Seksyen 11(4) Akta 342, dibaca bersama Seksyen 24(a) Akta sama, keingkaran larangan adalah satu jenayah dan boleh dipenjarakan selama dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...