Steve Jobsschool merupaka program percubaan oleh Education for a New Era untuk mencapai kualiti dalam pendidikan alaf baru dengan menerapkan pendidikan sifar kertas. Sebanyak 7 buah Steve Jobsschool telah beroperasi di Amsterdam, Belanda. Pelajar berumur antara 4 hingga 12 tahun diberikan iPad versi pendidikan sebagai medium untuk berinteraksi dengan guru sekolah. Skype, Facebook dan aplikasi khas yang dipanggil sCool Tool digunakan sebagai medium perhubungan antara pelajar dengan guru.
Dijangka 5 buah lagi Steve Jobsschool akan dibuka. Yang menarik tentang sekolah ni adalah waktu pembelajaran tidak tetap seperti sekolah lain. Waktu cuti ditentukan oleh ibu bapa dan sekolah ini dibuka dari 07.30 hingga 18.30 pada setiap hari. Pengasas program ini berpendapat bahawa pelajar Steve Jobsschool akan membesar kemahirang digital yang bagusa dan pelajar akan lebih kreatif dan lebih berdikari. Sekolah ini juga dalam proses untuk menyeimbangkan kokurikulum mereka mengikut standart kokurikulum Belanda. Persoalannya. Berkesankah kaedah sifar kertas untuk meningkatkan kualiti pendidikan? Adakah kaedah ini memberikan kesan positif pada anak-anak anda?