“Sekolah Ganti Baru Tak?” – Netizen Kecam Guru Bakar Kasut Pelajar Sebab Tak Ikut Peraturan

Kehidupan

“Sekolah Ganti Baru Tak?” – Netizen Kecam Guru Bakar Kasut Pelajar Sebab Tak Ikut Peraturan

Seorang guru menerima kecaman hebat selepas dikatakan mengambil tindakan yang agak ekstrem ketika mendenda beberapa orang pelajarnya.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di negara jiran dan sebuah video dimuat naik di Instagram menunjukkan guru wanita itu bertindak membakar beberapa pasang kasut pelajar.

Advertisement

Guru ini membakar kasut pelajarnya kerana mereka melanggar peraturan sekolah.”

Difahamkan, para pelajar perlu memakai kasut hitam dan stokin putih pada hari Selasa namun ada yang tidak mematuhi peraturan tersebut.

Tindakan guru itu yang menghukum pelajarnya dengan membakar kasut mereka telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Rata-ratanya meluahkan kemarahan mereka dan mempersoal mengapa tidak menghukum mereka dengan cara lain. Malah ada yang mempertikaikan adakah wajar pihak sekolah melakukan perkara sedemikian.

Bagaimanapun, sesetengah netizen berpendapat mungkin guru itu bertindak sebegitu kerana sudah memberi peringatan beberapa kali tetapi pelajar tetap ingkar.

Selain itu kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Tan Sri Lee Lam Thye tak setuju guru berpolitik
2 years ago

"Politik Antara Guru & Petugas KEMAS Boleh Jejaskan Kualiti Pendidikan Negara" - Tan Sri Lee Lam Thye

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...