Ini mungkin salah satu perbezaan ketara generasi terdahulu dan generasi kini. Dengan kecanggihan teknologi kini, kebanyakan perkara yang dilakukan adalah pada skrin. Jadi disebabkan kanak-kanak kini sudah biasa melihat jam digital pada paparan skrin, jam analog kelihatan aneh pada mereka.
Sekolah di United Kingdom menerima kesannya apabila mereka terpaksa menggantikan semua jam analog kepada jam digital di bilik peperiksaan.
Pelajar kini tidak tahu membaca jam analog dan mereka tak dapat nak meneka berapa minit lagi masa yang tinggal ketika peperiksaan.

Malcolm Trobe, Timbalan Setiausaha Agong untuk Association of School and College Leaders (ASCL) maklumkan para guru tidak mahu menambahkan tekanan pada pelajar. Disebabkan itu, mereka memilih untuk menukar pada jam digital.

Bukan itu sahaja, mereka juga kini mengalami kesukaran untuk memegang sebatang pensel kerana terlalu bergantung pada teknologi. Lebih mudah untuk berikan mereka iPad daripada meminta mereka menulis pada kertas.