Sekolah Di UK Terpaksa “Buang” Jam Dinding Analog Kerana Pelajar Tak Dapat Membacanya

Trending

Sekolah Di UK Terpaksa “Buang” Jam Dinding Analog Kerana Pelajar Tak Dapat Membacanya

Apabila zaman telah berubah ke teknologi dan semakin bergantung kepada skrin sahaja akan menyebabkan kesan negatif kepada rangsangan kanak-kanak untuk melihat dan memahami sesuatu.

Perkara ini terjadi di beberapa sekolah di United Kingdom. Guru-guru di sekolah tersebut terpaksa mengantikan jam dinding analog kepada jam digital di dewan peperiksaan kerana pelajar sukar untuk membaca waktu.

Advertisement

Menurut Timbalan Setiausaha Persatuan Sekolah dan Koleh (ASCL), Malcolm Trobe memberitahu pelajar yang berusia 18 tahun lebih terbiasa dengan jam digital berbanding jam tradisional.

Pelajar sekarang tidak begitu bagus untuk membaca waktu pada jam tradisional berbanding generasi yang lebih tua. Kehidupan mereka lenih terjurus dengan digital kerana selalu melihat di telefon dan komputer mereka. Mereka sangat terdedah kepada masa yang diberi dengan digital di mana-mana.

Advertisement

Guru di sekolah-sekolah sana tidak mahu menambahkan tekanan kepada pelajar pada waktu peperiksaan. Kalau boleh inginkan yang terbaik untuk pelajar mereka.

Trobe mengatakan bahawa bacaan jam sudah diajar di sekolah namun masih ramai pelajar yang tidak memahami sepenuhnya ketika mereka mencapai tahap sekolah menengah. Agak menyedihkan jika anak muda masih tidak dapat memberitahu masa yang tepat jika menggunakan jam analog.

Seorang pakar terapi paedatric di England berkata, bukan sahaja masih ada kanak-kanak tidak dapat memberitahu waktu menggunakan jam analog, malah ada segelintir pelajar yang tidak dapat memegang pen atau pensel kerana penggunaan teknologi yang tinggi.

Bayangkan jika berlaku di Malaysia apa yang akan terjadi? Adakah kita akan melihat permulaan sains yang berakhir dengan kesalahan diri sendiri?

 

Sumber: Goodfullness

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...