Sekolah Di Norwegian Masukkan Sukan “E-Sport” Sebagai Salah Satu Subjek Kurikulum

Trending

Sekolah Di Norwegian Masukkan Sukan “E-Sport” Sebagai Salah Satu Subjek Kurikulum

Mungkin di Malaysia, anak-anak muda masih memberi alasan untuk tidak ke sekolah dek kerana subjek kurikulum yang nyata tidak mampu menarik minat mereka.

Advertisement

Tetapi ‘tuah menanti’ bagi anak-anak di Norwegian apabila sebuah sekolah umum di sana telah memasukkan subjek “e-sports’ sebagai salah satu subjek dalam kurikulum mereka.

eSport adalah satu bentuk persaingan yang difasilitasi oleh permainan video. Kebiasaannya, eSports mengambil bentuk pertandingan permainan video berbilang pemain, terutamanya di antara pemain profesional

Pada musim panas 2015, Arlanda Gymnasiet in Märsta, Sweden telah memperkenalkan kursus e-sport di samping kursus sedia ada yang lain sebagai subjek mata pelajaran baru dalam kurikulum sekolah mereka.

Malah Norway’s Folk high schools juga mengambil langkah yang sama apabila mereka memperkenalkan kursus Counter-Strike dalam kurikulum mereka.

Akan tetapi di Garnes, kursus baharu selama 3 tahun pengajian yang bermula pada August menunjukkan betapa ‘e-sports’ dipandang serius sebagai salah satu cabang kerjaya bagi sesetengah sudut terpenting di dunia.

Pemain paling hebat dalam e-sports mampu meraih pendapatan sehingga 6 angka sebulan.Malah mereka yang bertuah mampu membawa pulang jutaan ringgit dengan mudah melalui e-sports ini.

Untuk pengetahuan anda, Garnes bukanlah sebuah sekolah yang berprofil tinggi. Malah ianya hanya sebuah sekolah umum biasa di sana di mana siapa sahaja boleh memohon untuk masuk ke sekolah tersebut.

Menurut laporan TheMemo.com, program pengajian di Garnes memerlukan pelajar menghabiskan lima jam seminggu menyempurnakan kemahiran mereka merangkul gelaran terhebat dalam game seperti League of Legends dan Dota 2, menggantikan bola sepak persatuan dan sebagainya.

Mereka akan dinilai dengan piawaian yang ketat, dengan kelas dipisahkan antara banyak masa dan aktiviti fizikal yang lebih menuntut dengan penekanan untuk membangunkan reaksi dan ketahanan.

Tetapi di sana pelajar perlu menyediakan sendiri keperluan seperti tetikus, headphone set dan beberapa keperluan lain yang mana tidak semua orang boleh berkongsi benda yang sama.

Satu program yang menarik yang kami jangka sekiranya di implementasikan di Malaysia, apa agaknya respon netizen pada hari ini. Jika bermain game menjadi satu cabang kerjaya di luar negara, mengapa tidak ianya juga di laksanakan di Malaysia?

Setidaknya mereka yang tidak mempunyai keinginan untuk belajar mungkin boleh memilih kerjaya ini sebagai sumber pendapatan mereka pada masa hadapan.

Pada hari ini apa yang lebih penting, usahakan apa sahaja untuk memiliki satu sen yang bernilai selagi mana ianya halal dan tidak menyusahkan sesiapa sahaja.

Hurm, agak-agak bila subjek game seperti ini akan diaplikasikan dalam sistem pendidikan di Malaysia?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...