Sekolah Di India Lakukan Majlis Konvokesyen Secara ‘Drive Thru’ Untuk Keselamatan Pelajar

Kehidupan

Sekolah Di India Lakukan Majlis Konvokesyen Secara ‘Drive Thru’ Untuk Keselamatan Pelajar

Berikutan pandemik COVID-19 yang menular di seluruh dunia, kebanyakan majlis keramaian tidak dapat dilakukan bagi mengelakkan pengumpulan beramai-ramai. Ini termasuklah majlis konvokesyen di sekolah dan universiti yang kebanyakannya dibatalkan serta merta.

Tetapi sebuah sekolah di Bengaluru, India mengambil inisiatif unik ini untuk tetap mengadakan majlis konvokesyen untuk meraikan pelajar mereka. Canadian International School memilih untuk mengadakan majlis tersebut secara ‘drive thru’ sahaja di mana para pelajar hanya perlu berada di dalam kereta sahaja.

Advertisement

Kereta yang dipandu oleh ibu bapa pelajar akan melalui kawasan padang bola sepak untuk penyerahan sijil.

konvo drive thru

konvo drive thru

Setiap pelajar juga perlu menaiki kereta masing-masing dan tidak dibenarkan dua orang pelajar di dalam kereta yang sama. Semasa penyerahan sijil, para guru akan mengucapkan tahniah sambil bersorak untuk pelajar mereka. Walaupun majlis secara ‘drive thru’ para pelajar masih lagi lengkap memakai jubah konvokesyen.

konvo drive thru

Inisiatif yang dilakukan oleh pihak sekolah ini turut menarik perhatian ramai yang turut kagum dengan usaha yang diberikan. Pada masa ini, rata-rata pelajar yang menanti waktu untuk konvokesyen berasa sedih dengan pembatalan majlis yang dinanti-nantikan sepanjang pembelajaran mereka.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...