Melalui perkongsian penyanyi hebat, Datuk Seri Siti Nurhaliza di Instagram, dia memaklumkan bahawa sekolah yang dibina di Palestin telah pun musnah akibat terkena serangan bom tentera Zionis.
Mengambil pendekatan positif untuk terus bangkit
Berita sedih mengenai kemusnahan institusi yang diberi nama Sekolah Afwa Al Aafiyah itu telah dimuat naik di Instagram milik Siti Nurhaliza, pagi tadi.
Biarpun dalam kedukaan yang sedang berlaku, Siti Nurhaliza tetap mengambil pendekatan positif untuk terus bangkit dan membantu anak-anak di Palestin.
View this post on Instagram
Tak mengapa, kita pasti bangkit semula!
Sukarelawan dalam proses berpindah
Dalam pada masa yang sama, beliau turut memaklumkan sukarelawan yang membantu pengurusan sekolah terbabit bersama ahli keluarga yang lain kini dalam proses berpindah.
Sekadar info, Sekolah Afwa Al Aafiyah telah dibina sekitar tahun 2022, di mana ia bertujuan untuk membantu kanak-kanak di Palestin mendapatkan tempat untuk belajar dan ia juga merupakan usaha Siti di bawah Yayasan Nurjiwa bersama suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa.