Sekitar Majlis Pernikahan Qazem Nor Dan Embun, Buat Laporan Polis Atas Penaja Perkahwinan

Hiburan

Sekitar Majlis Pernikahan Qazem Nor Dan Embun, Buat Laporan Polis Atas Penaja Perkahwinan

Walaupun penajaan perkahwinan yang dijanjikan kepada Qazem Nor dan isterinya Embun telah dibatalkan oleh sebuah syarikat di saat akhir, majlis pernikahan pasangan itu tetap berlangsung pada Sabtu lepas di Masjid As-Sobirin, Keramat, Kuala Lumpur .

Bagaimanapun, Qazem telah membuat laporan polis berhubung pembatalan tersebut yang menyebabkan dia kelam-kabut untuk menguruskan segala keperluan pernikahan dan resepsi gara-gara pembatalan itu. Qazem dikatakan telah membuat laporan polis pada 14 Oktober lepas terhadap Mavex Sdn. Bhd. yang menjanjikan tajaan untuk majlis resepsi Qazem yang sepatutnya berlangsung Sabtu lepas. Disebabkan pembatalan itu, Qazem dan Embun telah menguruskan majlis mereka sendiri, namun terpaksa menangguhkan majlis resepsi pada tarikh cadangan mereka iaitu 3 November di Shah Alam.

Advertisement

Apa pun pendapat kami tidak sewajarnya syarikat tersebut membatalkan penajaan di saat akhir, kasihan pasangan ini yang kelam kabut mengadakan persiapan perkahwinan mereka. Kata orang, kalau tidak pasti, jangan berjanji. Tak gitu?


Photobucket
Photobucket

Alasan yang diberikan oleh syarikat yang juga menganjurkan sebuah ekspo perkahwinan itu ialah dana mereka tidak mencukupi. Lagi enam gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada PuncaQaseh.


Photobucket
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...