“Sekiranya Kena Bela Diri Di Mahkamah, Saya Akan Buat Dengan Petunjuk Allah” – Caprice

Hiburan

“Sekiranya Kena Bela Diri Di Mahkamah, Saya Akan Buat Dengan Petunjuk Allah” – Caprice

Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew menerusi sesi langsung di media sosial hari ini tampil mempertahankan diri dan menepis dakwaan tidak berasas yang dibuat beberapa individu mengenai isu kemanusiaannya ke Gaza. Penjelasan yang diberikan Ustaz Ebit Lew itu sekaligus menjawab kontroversi yang tercetus hangat baru-baru ini.

Ebit Lew
3 years ago

"Saya Tak Pernah Buka Tabung Gaza, Saya Pakai Duit Saya Sendiri.." - Ustaz Ebit Lew

Advertisement

Penyanyi rap, Caprice di Instagram memuat naik hantaran terbaru mengakui banyak melakukan dosa dan perlu belajar lebih banyak lagi mengenai agama. Walaubagaimanapun, dia mendakwa tidak akan sesekali berbohong atau menyebar fitnah berkaitan kemajuan Islam dan umat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Menurut Caprice, dia sedar kesilapan yang dilakukan sebelum ini dan mungkin terpengaruh dengan emosi semata.

Caprice minta maaf dengan cara Caprice waktu terlalu emosi tetapi selama ni kita memang bagi sokongan 300% kepada tuan Nadir di Gaza dan Ebit Lew. Perkara yang kita tahu, insyaAllah kalau bukan di dunia, kita jumpa di sana.

Katanya, dia turut mendapatkan pandangan dan merujuk alim ulama mengenai perjalanan di sana. Malah dia menerima segala teguran yang diberikan kepadanya.

Menurut Caprice, sebelum dia terbang lagi, dia sudah diingatkan mengenai risiko di tempat perang malah dia mungkin tidak berjaya pulang. Namun, dia nekad dengan niat bersedia ‘rugi’ di dunia asalkan tidak ‘rugi’ di akhirat.

Jelasnya, dia akan tetap meneruskan perjuangan untuk diplomasi, keamanan dan ihsan bukan sahaja untuk Palestin tetapi semua masyarakat di dunia.

Caprice

Sekali lagi, dia memohon maaf dan tidak mahu terus memanjangkan isu. Harapannya hanyalah untuk bersatu dan mencapai misi keamanan di Palestin. Dan sekiranya dia harus membela diri di mahkamah, dia akan membuat demikian dengan petunjuk dari Allah SWT.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik. 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...