Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew menerusi sesi langsung di media sosial hari ini tampil mempertahankan diri dan menepis dakwaan tidak berasas yang dibuat beberapa individu mengenai isu kemanusiaannya ke Gaza. Penjelasan yang diberikan Ustaz Ebit Lew itu sekaligus menjawab kontroversi yang tercetus hangat baru-baru ini.
Penyanyi rap, Caprice di Instagram memuat naik hantaran terbaru mengakui banyak melakukan dosa dan perlu belajar lebih banyak lagi mengenai agama. Walaubagaimanapun, dia mendakwa tidak akan sesekali berbohong atau menyebar fitnah berkaitan kemajuan Islam dan umat.
View this post on Instagram
Menurut Caprice, dia sedar kesilapan yang dilakukan sebelum ini dan mungkin terpengaruh dengan emosi semata.
Caprice minta maaf dengan cara Caprice waktu terlalu emosi tetapi selama ni kita memang bagi sokongan 300% kepada tuan Nadir di Gaza dan Ebit Lew. Perkara yang kita tahu, insyaAllah kalau bukan di dunia, kita jumpa di sana.
Katanya, dia turut mendapatkan pandangan dan merujuk alim ulama mengenai perjalanan di sana. Malah dia menerima segala teguran yang diberikan kepadanya.
Menurut Caprice, sebelum dia terbang lagi, dia sudah diingatkan mengenai risiko di tempat perang malah dia mungkin tidak berjaya pulang. Namun, dia nekad dengan niat bersedia ‘rugi’ di dunia asalkan tidak ‘rugi’ di akhirat.
Jelasnya, dia akan tetap meneruskan perjuangan untuk diplomasi, keamanan dan ihsan bukan sahaja untuk Palestin tetapi semua masyarakat di dunia.
Sekali lagi, dia memohon maaf dan tidak mahu terus memanjangkan isu. Harapannya hanyalah untuk bersatu dan mencapai misi keamanan di Palestin. Dan sekiranya dia harus membela diri di mahkamah, dia akan membuat demikian dengan petunjuk dari Allah SWT.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.