Sekiranya Objek Bulat Ini Ditemui Di Hutan, Jangan Disentuh Dan Segera Hubungi Pihak Berkuasa

Trending

Sekiranya Objek Bulat Ini Ditemui Di Hutan, Jangan Disentuh Dan Segera Hubungi Pihak Berkuasa

Seorang pengguna Twitter berkongsi mengenai objek berbentuk bulat yang dikatakan dilarang untuk disentuh sekiranya ditemui di dalam hutan. Malah menurutnya, individu yang menemui objek tersebut perlu segera membuat laporan polis sekiranya objek ini ditemui.

Dia yang dikenali sebagai freyr, menyatakan objek tersebut adalah merupakan ‘bom babi’ yang digunakan oleh pemburu haram bagi dijadikan umpan berburu. Bom itu akan meletup apabila disentuh dan mampu membunuh haiwan tersebut.

Advertisement

Modus operandi yang salah di sisi undang-undang ini, dikatakan sering digunakan bagi memburu babi hutan.

Meletup sekiranya digigit atau dipijak dengan kuat

Freyr turut memberitahu, bom babi ini akan meletup sekiranya digigit, dipijak atau menerima tekanan yang kuat. Ianya boleh mengancam nyawa kepada haiwan liar dan juga manusia yang melalui kawasan tersebut.

Diharap pihak berkuasa dapat segera membanteras kegiatan haram ini, supaya keselamatan hidupan liar dan orang ramai dapat dipelihara.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...