“Sekiranya Mereka Disiasat Atas Isu Aktiviti Keganasan…” – Peguam Kongsi Situasi Sukarelawan GSF Ditahan Rejim Isra*l

Trending

“Sekiranya Mereka Disiasat Atas Isu Aktiviti Keganasan…” – Peguam Kongsi Situasi Sukarelawan GSF Ditahan Rejim Isra*l

Peguam, Fahmi Abd Moin dari Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA) berkata, 23 rakyat Malaysia yang ditahan oleh rejim Israel ketika misi Global Sumud Flotilla (GSF) masih dalam proses undang-undang negara itu di pelabuhan Ashdod.

Fahmi bersama empat lagi peguam memaklumkan mereka sedang berhubung rapat dengan peguam dari The Legal Centre for Arab Minority Rights in Israel (ADALAH) untuk menguruskan isu perundangkan di sana dan bekerjasama dengan pihak kedutaan Malaysia di Jordan bagi memastikan urusan membantu delegasi berjalan lancar.

Advertisement

Sekiranya mereka ditahan di bawah imigresen seperti ‘unlawful entry’, kebiasaannya akan disiasat selama dua hingga tiga hari dan kemudian akan dilepaskan. Namun, jika siasatan atas isu terbabit dengan aktiviti keganasan, boleh disiasat sehingga 60 hari.

peguam wakil Malaysia urusan GSF

23 rakyat Malaysia ditahan rejim Israel

Fahmi yang kini berada di Jordan itu berkata prosiding bergantung kepada pihak berkuasa Israel sama ada mendakwa di bawah undang-undang imigresen atau menyiasat di bawah undang-undang keganasan.

Dalam pada itu, dia turut menegaskan bahawa hak tahanan adalah universal dan dijamin oleh undang-undang antarabangsa.

Antaranya sebab penahanan, hak untuk diadili, hak berdiam diri, hak mendapatkan perbicaraan yang adil dan hak mendapatkan peguam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nadir Al-Nuri (@nadiralnuri)

Tambahnya, kerajaan Malaysia juga mempunyai ruang untuk campur tangan dan membuat desakan meskipun tiada hubungan diplomatik dengan  Israel.

Kita boleh menggunakan saluran melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ASEAN, serta meminta bantuan daripada negara-negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel untuk memastikan rakyat kita selamat keluar tanpa dikenakan sebarang tindakan keras.

Terdahulu, Kementerian Luar memaklumkan bahawa kesemua 23 rakyat Malaysia yang ditahan oleh Israel ketika menyertai GSF bagi misi menghantar bantuan kemanusiaan berada dalam keadaan selamat dan sihat serta akan dihantar pulang melalui negara ketiga.

2025-10-03 00:18:08

Wisma Putra Sahkan 23 Rakyat Malaysia Ditahan Isra*l Selamat, Akan Dibawa Pulang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...