“Sekiranya DBKL Gagal, Maka Kita Akan Tuntut Dan Ambil Balik Pengurusan Bazar Ramadan” – Kenyataan Presiden Persatuan Peniaga Undang Kemarahan Netizen

Kehidupan

“Sekiranya DBKL Gagal, Maka Kita Akan Tuntut Dan Ambil Balik Pengurusan Bazar Ramadan” – Kenyataan Presiden Persatuan Peniaga Undang Kemarahan Netizen

Netizen berasa marah melihat tindakan Presiden Persatuan Peniaga dan Penjaja Bumiputera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Seri Rosli Sulaiman, yang dikatakan sanggup turun padang semata-mata untuk mencari kesalahan DBKL.

Sebagai wakil persatuan penjaja dan peniaga di Kuala Lumpur, Rosli mendesak DBKL supaya mengembalikan hak pengurusan Bazaar Ramadan kepada Persatuan Penjaja.

Advertisement

bazar ramadan

Seperti yang diumumkan tahun lalu, DBKL telah mengambil alih sepenuhnya urusan pengendalian dan pengurusan Bazaar Ramadan, termasuk proses pendaftaran serta penyelenggaraan.

Sejak 2013, DBKL menyerahkan mandat pengurusan bazar kepada persatuan penjaja atau pihak ketiga. Namun, akibat pelbagai aduan mengenai ketelusan pengurusan, DBKL mengambil keputusan untuk mengambil alih sepenuhnya bazar tersebut.

Namun, Datuk Seri Rosli Sulaiman menuduh DBKL gagal menguruskan Bazaar Ramadan kali ini dan mendesak supaya hak pengurusan dikembalikan kepada persatuan penjaja.

Beberapa hari lalu, Rosli mendakwa bahawa Bazaar Ramadan di Kuala Lumpur kini dikuasai oleh kartel dan broker.

Beliau kemudian menuntut agar hak pengurusan Bazaar Ramadan dikembalikan kepada persatuan penjaja.

Kalau jiwa itu tiada nak membantu lebih baik jangan jadi menteri wilayah. Bagilah kepada orang lain yang mempunyai jiwa nak membantu masyarakat dalam KL ini.

Sekiranya DBKL gagal, maka kita akan tuntut dan ambil balik pengurusan Bazar Ramadan bersama dengan persatuan-persatuan.

Kenyataan tersebut ternyata mendapat perhatian netizen di mana mereka menyuarakan kehairanannya terhadap sikap Presiden Persatuan Penjaja yang begitu bersungguh-sungguh mencari kesalahan DBKL.

Ada yang mempersoalkan sama ada presiden persatuan itu mempunyai hak ke atas tapak niaga Bazaar Ramadan dan mengapa beliau begitu bersungguh menuntutnya.

Selain itu, ada juga yang menegaskan bahawa sejak DBKL mengambil alih pengurusan, peniaga hanya perlu membayar sewa RM500, termasuk kemudahan khemah, penyelenggaraan, dan sistem kod QR bagi memudahkan urusan mereka.

Semalam, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa mempertahankan kredibiliti DBKL dalam pengurusan Bazaar Ramadan tahun ini.

peniaga syukur dbkl ambil alih urus bazaar ramadan
23 hours ago

Tiada Lagi ‘Orang Dalam’? Peniaga Syukur DBKL Urus Bazaar Ramadan - "Dulu Kalau Nak 'Apply' Kena Lalu Persatuan.."

Susulan pengambil alihan pengurusan tersebut, neetizen berpendapat bahawa pihak yang lantang merungut mengenai pengurusan baharu ini mungkin terdiri daripada mereka yang sebelum ini menyokong kartel lesen Bazaar Ramadan di sekitar Kuala Lumpur.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...