Sedang tular isu poligami di kalangan rakyat Malaysia kini, pelakon Azhar Sulaiman terpanggil untuk memberi nasihat kepada mereka yang sedang memikirkan untuk poligami ataupun telah berpoligami untuk tidak riak dan menunjuk-nunjuk kepada orang ramai.
Kata pelakon ini, hal tersebut tidak wajar menjadi contoh kepada orang ramai kerana dapat memburukkan seseorang. Baginya, hal tersebut patut dirahsiakan dan tidak ditayang kepada masyarakat supaya orang ramai tidak terpengaruh dengan perkara yang tidak baik.
Sebagai lelaki tulen, saya tidak tolak sekiranya ada jodoh berkahwin dua atau tiga tetapi perkara sebegini tidak patut dipertontonkan dan harus dirahsiakan.
Apa yang penting jangan jadikan perkara tersebut sebagai kejayaan apabila dapat berkahwin dua.
View this post on Instagram
Tambah Azhar lagi, dirinya akui tidak akan menolak takdir sekiranya dijodohkan untuk bernikah lagi namun pada masa yang sama dia turut faham dengan situasi para isteri yang mungkin berada dalam keadaan diduakan suami. Dia juga cuba untuk meletakkan dirinya di tempat para wanita agar lebih memahami sisi pihak mereka.
Bukan itu sahaja, ayah kepada influnecer Leona ini turut menasihati para lelaki untuk tidak riak di media sosial sekiranya telah berpoligami kerana bimbang akan mengeruhkan keadaan bukan sahaja dengan isteri pertama, tetapi juga dengan keluarga atau orang disekeliling.
Terdahulu, personaliti media sosial, Alif Teega telah mengumumkan pernikahannya bersama isteri keduaanya Fatin di media sosial. Mereka dikatakan telah bernikah di Thailand.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.