Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Sekian Lama Terpisah, Bella Astilah Kongsi Video Saat Indah Bertemu Aliff Aziz Di Instagram

Sekian lama terpisah, akhirnya kedua pasangan ini iaitu Aliff Aziz dan Bella Astillah akhirnya dapat bertemu dan kembali bersatu di Malaysia.

Advertisement

Aliff Aziz yang sebelum ini kembali ke Singapura untuk menetap bersama keluarganya untuk sementara waktu difahamkan telah pulang ke Malaysia untuk bertemu isterinya Bella Astillah dan kedua-dua anaknya.

Namun yang menarik perhatian warga net adalah apabila Aliff telah dilihat memuat naik sepotong video di ruangan Instagram Story-nya yang memaparkan perasaan terujanya untuk bertemu keluarga tercinta.

Advertisement

Manakala Bella Astilla turut memuat naik video saat suaminya itu bertemu anak lelakinya, Ayden.

Sebelum ini, pasangan suami isteri itu telah terpisah buat sementara waktu gara-gara pandemik COVID-19 yang menghalang keduanya untuk bertemu. Sepanjang perpisahan itu, Bella telah menjalani proses kehamilan serta bersalin anak kedua mereka, Ara Adreanna yang kini berusia lima bulan, tanpa kehadiran Aliff Aziz di sisi.

Perkongsian tersebut ternyata telah menyentuh hati para peminat yang setia mengikuti perkembangan kedua pasangan ini.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top