“Sekian Lama Orang Bercakap..” – Hidup Mewah, Nazim Othman Didakwa ‘Dibela’ VIP?

Hiburan

“Sekian Lama Orang Bercakap..” – Hidup Mewah, Nazim Othman Didakwa ‘Dibela’ VIP?

Baru-baru ini, pelakon kacak iaitu Nazim Othman dilihat sering berkongsi hantaran di laman Instagram miliknya memaparkan aktiviti percutian ke pusat peranginan mewah di dalam dan di luar negara.

Menerusi hantaran tersebut, Nazim atau nama sebenarnya Nushrul Alif bin Othman juga dilihat menggayakan pelbagai busana dan aksesori mewah dari jenama antarabangsa popular.

Advertisement

Susulan itu, timbul dakwaan bahawa kehidupan mewah pelakon itu sebenarnya ditanggung oleh individu kenamaan atau VIP.

Siapa yang jadi cameraman dia eh untung jalan sokmo – Netizen.

Tampil menjawab dakwaan tersebut, Nazim berkata dia sudah lali dengan tomahan tidak masuk akal itu dan tidak terkejut dengan dakwaan berkenaan.

Isu ni bukan perkara baru. Sekian lama orang bercakap pasal ni sampailah sekarang.

Betullah benda tu semua tak betul. Saya tak terkejut pun dengar khabar angin ni. Dah lama sangat, 6 atau 7 tahun dulu dah dengar.

Menurut Nazim, kesemua yang dipaparkan di media sosial merupakan urusan pekerjaannya sebagai seorang pelakon dan selebriti yan sering bekerjasama dengan syarikat-syarikat untuk memasarkan perniagaan mereka.

Tak ada istilah dibela. Kalau ada pun, saya yang bela diri sendiri. Kalau nampak saya hidup mewah, itu adalah positioning. Nazim Othman bukan hanya pelakon tetapi satu jenama.

Saya pergi ke tempat mewah, semua tu urusan kerja bersama syarikat-syarikat yang menjalin kerjasama dengan saya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

neelofa
3 bulan lalu

"Baru Setahun Kahwin.." - Neelofa Bagi Tips Rumah Tangga Bahagia, Lain Pula Reaksi Netizen Di Media Sosial

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. ulala

    September 2, 2022 at 3:52 pm

    mamat ni gay eh? lain mcm aku tgk..geli aihhh

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...