Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Sekian Lama Menyepi, Kini Kemunculan Diva AA Kembali Mengacara Raih Pujian Netizen

Sekian lama menyepi dari industri hiburan tanah air, pengacara penuh sensasi, Azwan Ali kini kembali mengamatkan lagi program nyanyian terbaru di TV3 iaitu Lagu Cinta Kita 2, semalam.

Advertisement

Azwan Ali atau lebih mesra disapa Diva AA yang tampil berkongsi pentas bersama pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein dalam program tersebut raih pujian ramai.

Meskipun agak lama tidak kelihatan kelibatnya di kaca televisyen, namun aura Diva AA tetap gah dan mendapat pelbagai reaksi positif daripada warganet yang kebanyakannya merindui kemunculannya.

Malah nama Diva AA juga tidak ketinggalan menjadi sebutan netizen di laman Twitter dan imej yang dibawanya serta sikap profesionalnya itu mendapat tempat di hati penonton.

Advertisement

Untuk rekod, Diva AA dan Elly Mazlein kini sedang sibuk mengendalikan sebuah program dalam bentuk nyanyian yang bersiaran secara langsung di TV3 setiap hari Ahad jam 9 malam.

Menerusi program tersebut, Mas Idayu dan Hel Husaini juga turut diundang sebagai juri untuk mengemukakan hujah kepada persembahan setiap pasangan yang berentap di program tersebut.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. emanon

    November 10, 2020 at 2:03 am

    bagi komen puji tggi melangit, japgi korang juga kutuk melangit

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top