Sekeluarga Lipas Ditemui Bersarang Dalam Telinga Seorang Pemuda

Kehidupan

Sekeluarga Lipas Ditemui Bersarang Dalam Telinga Seorang Pemuda

Apabila seorang lelaki 24 tahun yang hanya dikenali sebagai Encik Lv bergegas ke hospital kerana sakit di telinga kanan, para doktor telah menemui sesuatu yang sangat mengejutkan mereka. Menurut New York Post, pihak hospital telah menemui satu keluarga lipas yang telah menetas dalam telinga lelaki tersebut dan hidup di dalamnya.

Pemuda itu dimasukkan ke Hospital Sanhe di provinsi Guangdong pada Oktober dan memberitahu doktor bahawa ahli keluarganya sudah melihat ke dalam telinganya menggunakan lampu suluh dan memerhatikan apa yang dikatakan serangga besar bersarang di situ.

Advertisement

Dr Yijin—seorang pakar telinga, hidung dan tekak di hospital itu—pada mulanya menganggap ia sakit telinga yang biasa ditemui, kemudian terkejut apabila menemui jawapannya.

Dia kata telinganya sakit—seperti ada yang mencakar atau merayap di dalamnya dan menyebabkan rasa tidak selesa.

Apabila doktor melihat ke dalamnya, mereka mengesahkan ia sesuatu yang menjadi igauan ngeri ramai orang. Kata Dr. Zhong Yijin:

Saya menemui lebih dari 10 ekor anak lipas yang baru menetas di dalamnya. Mereka berkeliaran dalam telinganya.

Untuk mengeluarkan lipas-lipas itu satu-persatu, doktor menggunakan sepasang penyepit yang cukup kecil. Telinga Encik Lv kemudiannya dikosongkan dari menjadi sarang permainan bayi lipas dan seekor lipas dewasa yang telah bertelur di situ.

Walaupun pesakit itu dianggap bertuah—kerana karung telur lipas dari jenis Jerman (Blattella germanica) biasanya mengandungi 30 hingga 40 biji telur di dalamnya—dia juga sedikit sebanyak ialah punca semua itu terjadi.

Menurut Timbalan Ketua ENT Hospital Sanhe, Dr. Jiang Tenxiang, Encil Lv mengakui bahawa dia hidup dalam persekitaran yang tidak bersih. Dia mempunyai tabiat meninggalkan makanan di tempat terbuka, semalaman, di sebelah katilnya sebelum tertidur—menyebabkan serangga datang berkeliaran di kawasan dia tidur.

Di sebalik kecuaiannya itu, pesakit itu hanya mengalami sedikit kecederaan yang dianggap sudah sembuh setelah dirawat Oktober lepas. Dia dibenarkan keluar hospital pada hari yang sama dan hanya diberi satu preskripsi salap antibiotik.

Dr Tengxiang juga memberi pesakit itu nasihat pencegahan asas yang patut diikuti semua orang—melainkan mereka mahu menjadikan tengkorak mereka sarang keluarga serangga penceroboh.

Praktikkan kebersihan dengan baik, nyahkuman longkang dan pembetung, gunakan kelambu dan penapis pada tingkap. Itu akan menghalang serangga dari terbang masuk dan menceroboh ke dalam hidung dan telinga anda.

-amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...