“Sekeji-Keji Mana Pun Si Jahil, Keji Lagi Si Penunggang Agama” – Bekas Menantu Tokoh Agamawan ASWAJA

Kehidupan

“Sekeji-Keji Mana Pun Si Jahil, Keji Lagi Si Penunggang Agama” – Bekas Menantu Tokoh Agamawan ASWAJA

Bekas ratu cantik Malaysia, Shakila Saiful meluahkan rasa syukur kerana berjaya menang dalam kes saman fitnah terhadap bekas bapa mentuanya, Ustaz Engku Fadzil yang juga seorang tokoh Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA).

Menerusi hantaran yang dibuat di aplikasi Threads, Shakila berkata keadilan akhirnya berjaya ditegakkan dan dia berada di pihak yang benar.

Advertisement

Shakila berkata lagi, dia masih ingat kesakitan yang dilaluinya selepas pihak tersebut hadir dalam hidupnya.

 

Post by @shakilasaiful_official
View on Threads

 

Menurut bekas ratu cantik yang merupakan pelakon ini lagi, tidak kiralah betapa besar pengaruh dan kedudukan seseorang itu, Allah SWT lebih berkuasa.

Tidak kira betapa besar, berpengaruh atau kuatnya anda rasa, ingatlah, Allah lebih besar daripada anda. Apa sahaja yang Dia berikan hari ini, Dia juga mampu mengambil semuanya kembali esok. Jangan sekali-kali sombong dan memandang rendah pada orang lain, kerana kita tidak tahu di mana kita akan berada esok.

Terdahulu, Ustaz Engku Fadzil meminta sumbangan ikhlas sebanyak RM60,000 daripada orang ramai demi membiayai kos guaman di peringkat rayuan selepas kalah saman fitnah terhadap bekas menantunya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ASWAJA SHAKILLA SAMAN FITNAH KALAH buka tabung dana awam
2 months ago

Kalah Kes Saman Fitnah RM65K Dengan Bekas Menantu, Ustaz Engku Fadzil Buka Tabung Sumbangan Dana Awam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...