Sekatan Lebih Ketat Bagi Sektor Ekonomi Dan Sosial Pada PKP 3.0 – PM

Trending

Sekatan Lebih Ketat Bagi Sektor Ekonomi Dan Sosial Pada PKP 3.0 – PM

Berikutan perbincangan dan penelitian dalam sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Jumaat, kerajaan bersetuju untuk mengetatkan lagi pelaksanaan PKP 3.0 yang sedang dijalankan dengan penambahan sekatan lebih ketat dalam sektor ekonomi dan sosial, lapor Awani. 

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, sidang khas yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ianya melibatkan kerajaan negeri dalam mengambil kira situasi semasa yang berlaku di negeri masing-masing.

Advertisement

Hal ini juga sekaligus mengambil pandangan terhadap usaha dalam mengekang penularan wabak Covid-19.

Walau bagaimanapun, maklumat terperinci mengenai sekatan tambahan itu akan diumumkan dalam sidang media Menteri Kanan Keselamatan Pertahanan pada Sabtu, 22 Mei.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...