Sekatan Jalan Raya Di Putrajaya Tamat Tengah Malam Semalam

COVID-19

Sekatan Jalan Raya Di Putrajaya Tamat Tengah Malam Semalam

Seperti yang kita tahu, Polis Kuala Lumpur telah melaksanakan 39 sekatan jalan raya (SJR) awal di seluruh ibu kota dan Putrajaya sepanjang penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula dari tarikh 13 Januari lepas.

Perintah bagi perlaksanaan sekatan jalan raya ini bukan bertujuan untuk menyusahkan orang ramai, tetapi ia adalah salah satu langkah bagi mengurangkan risiko penularan serta melindungi kawasan daripada jangkitan Covid-19.

Advertisement

3 years ago

Pemandu Myvi Buat Hal Sengaja Langgar Sekatan Jalan Raya

Sekatan jalan raya yang lebih ketat dilaksanakan di Putrajaya kerana ia merupakan pusat pentadbiran keraajaan Malaysia. Ia adalah untuk memastikan langkah pencegahan yang lebih tinggi dapat dilaksanakan supaya tidak menjejaskan pentadbiran keraajaan.

Polis tamatkan sekatan jalan raya (SJR) di Putrajaya 12 tengah malam semalam selepas beroperasi selama 9 bulan sejak 13 Januari lepas

Menurut sumber daripada laman Twitter BERNAMA, Ketua Polis Daerah Putrajaya iaitu ACP A. Asmadi Abdul Aziz mengingatkan orang awam supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengawal penularan wabak Covid-19 walaupun sekatan jalan raya telah ditamatkan.

Tambah beliau lagi, operasi pematuhan akan dipergiatkan dengan penambahan anggota untuk memastikan orang awam yang memasuki Putrajaya terus mematuhi SOP sama ada bagi tujuan riadah atau pelancongan domestik.

Penamatan sekatan jalan raya itu adalah susulan daripada pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung kebenaran rentas daerah kawasan Lembah Klang membabitkan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula hari ini.

“Dua SJR iaitu di Lebuhraya Persekutuan dan Taman Kanagapuram di bawah laluan Lebuhraya Baru Pantai (NPE),” – Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid

Sekatan jalan raya di Putrajaya ditamatkan

Sumber BERNAMA

Bagaimanapun, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid turut memaklumkan yang empat lokasi sekatan jalan raya masih dikekalkan iaitu di Plaza Tol Sungai Buloh, Plaza Tol Kota Damansara, Plaza Tol Damansara dan Plaza Tol Subang.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...