“Sekat Seludup Barang Terlarang, Barang Dihantar Melalui Kurier Akan Diperiksa” – KASTAM

Trending

“Sekat Seludup Barang Terlarang, Barang Dihantar Melalui Kurier Akan Diperiksa” – KASTAM

pos-kastamPenghantaran barang menggunakan perkhidmatan syarikat pos dan kurier akan melalui pemeriksaan oleh pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk menyekat aktiviti penyeludupan barang terlarang.

Pegawai Perhubungan Media Bahagian Komunikasi Pejabat Pos Malaysia, Mohd Asyraf Mohd Fauzi berkata, selagi Kastam tidak memeriksa dan mengesahkan kandungan barang yang dihantar, pihaknya tidak akan mengedar barang berkenaan kepada penerima, lapor portal FMT.

Advertisement

“Biasanya pihak kastam akan periksa dahulu kandungan barang yang dikurier sebelum diserahkan kepada syarikat kami (Pos Malaysia).

“Lepas pihak kastam dah periksa, tak mengandungi barang-barang terlarang, barulah kita akan ambil dan edarkan kepada penerima,” katanya yang dipetik dari Bernama.

Pada 21 Mac lalu, polis berjaya menumpaskan dua sindiket penyeludupan dadah yang menggunakan khidmat kurier dan berjaya merampas 4.8 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM1 juta dalam dua serbuan di Nilai, Negeri Sembilan dan Klang, Selangor serta menahan tiga lelaki warga Afrika yang terlibat dalam sindiket itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...