Sekat Laman Web Lucah Terkenal, Kerajaan Thailand Kini Dikecam

Trending

Sekat Laman Web Lucah Terkenal, Kerajaan Thailand Kini Dikecam

Selepas bertindak menghalang akses kepada sebuah laman web lucah terkenal antarabangsa, kini Kementerian Ekonomi Digital dan Masyarakat (DES) Thailand terima kecaman hebat daripada rakyatnya.

Menurut laporan Astro Awani, sekatan yang dilaksanakan bermula semalam itu khabarnya melibatkan lebih 190 alamat URL bagi semua syarikat pembekal Internet dan operator telefon di Thailand.

Advertisement

Rentetan kejadian, menterinya, Buddhipongse Punnakanta, kini seakan menjadi tumpuan kecaman selepas pihaknya mendapat kelulusan mahkamah bagi mengharamkan laman web lucah ditonton di negara berkenaan.

Perkara itu turut diluahkan kumpulan dikenali sebagai ‘The Anonymous Party‘ di Facebook, yang menyokong kebebasan mengakses media termasuk kandungan yang mempunyai unsur seksual.

“Kebebasan media termasuk semua jenis kandungan, termasuk unsur seksual, selagi penonton tidak dipaksa untuk menonton,”

Bahkan, wujud juga segelintir pihak yang tampil berkumpul di Kompleks Kerajaan di Chaeng Wattana, Bangkok bagi menyuarakan bantahan dan menentang tindakan kementerian itu.

Untuk rekod, ‘The Anonymous Party‘ pernah terlibat dalam protes menentang kerajaan dan pernah mengeluarkan kenyataan untuk menuntut pelepasan aktivis yang ditahan dalam lokap.

Bagaimanapun, Buddhipongse yang didakwa menghalang kebebasan rakyat untuk mengakses media kini masih berada di Phuket bagi persidangan Kabinet menegaskan pihaknya hanya melaksanakan tugas dan tidak akan melayan pengkritik.

Sumber: Astro Awani

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...