Baru-baru ini, selebriti Tash Yong menafikan sekerasnya bahawa dia bakal dimadukan jika memilih lelaki yang sedang dikenali ketika ini iaitu Boss Kay.
Difahamkan dari laporan Harian Metro, pelakon tersebut mengakui sedang menjalinkan hubungan mesra dengan lelaki terbabit tetapi enggan berkongsi lebih lanjut mengenai kisah percintaan mereka.
Sekiranya sampai jodoh kami, saya tidak perlu bermadu dengan sesiapa. Sekarang, status dia (Boss Kay) bukan suami orang. Dia sudah pun bercerai dengan kedua-dua isterinya.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Tash sedar diri sering dikecam ramai susulan kes ‘penyondol’, namun hal yang boleh dilakukan olehnya adalah ‘menelan’ komen-komen negatif tersebut kerana netizen tidak tahu situasi yang sebenar.
Tidak perlu kami mencanang perkara ‘dalam kain’ yang akan mengaibkan.
Sebelum ini, bekas isteri Boss Kay iaitu Norsufia Johari atau mesra dikenali sebagai Cik Pia mendedahkan tindakan lelaki tersebut yang enggan mengazankan anak yang baru saja dilahirkan ketika masih bergelar suami isteri.
Melalui portal hiburan lain, Boss Kay difahamkan mahu bercerai dengan Cik Pia kerana wanita tersebut mengalami masalah mental.