Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Sekarang Semua Nak Jadi Wartawan!” Siti Sarah Minta Orang Berhenti Sebar Fitnah Terhadap Dia Dan Shuib

Siti Sarah dan Shuib

Penyanyi Siti Sarah yang juga isteri kepada pelawak dan pelakon Shuib Sepahtu tampil meluahkan rasa berang kepada portal-portal berita yang tidak bertanggungjawab kerana sering saja menyebarkan berita tidak benar dan berunsur fitnah terhadap mereka berdua.

Shuib Sepahtu dan Siti SarahSumber : Instagram Siti Sarah  

Menurut Siti Sarah, dia dan Shuib sering menjadi mangsa fitnah portal berita yang bertebaran di media sosial berikutan kontroversi yang melanda mereka sebelum ini.

Advertisement

Dia dilihat telah menzahirkan perasaan kesal itu menerusi akaun Instagramnnya baru-baru ini. Dalam pada itu, Siti Sarah juga tampil mempersoalkan sikap segelintir netizen yang seolah-olah menjadi wartawan yang ‘tidak bertauliah’ dan sering membuat andaian mengenai apa-apa berita  yang dikaitkan dengan mereka berdua.

“Kononnya nak menegakkan kebenaran. Semua nak jadi wartawan kononnya sedangkan info pun salah! Menggunakan populariti sesuatu kes untuk jual produk. Mula-mula post cerita pasal duit haram bagai. Post seterusnya alih-alih jual ubat kelamin dan sebagainya. Macam tak faham saya dengan fitnah orang.”

Terdahulu, Shuib Sepahtu telah dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tujuan untuk membantu siasatan berhubung dengan kes Macau Scam. Berikutan itu, pasangan suami isteri yang baru sahaja memulakan perusahaan berasaskan minuman mengandungi madu lebah ini dikritik hebat malah ada individu yang sanggup datang ke cawangan kedai hanya untuk melemparkan kata-kata kesat dan mendesak agar perniagaannya ditutup.

Media tempatan sebelum ini melaporkan bahawa Shuib kini dalam proses meminta SPRM untuk mengeluarkan kenyataan yang menyatakan dia tidak terlibat dalam kes penggubahan wang haram itu dengan tujuan untuk membersihkan namanya daripada dikaitkan dengan isu berkenaan.

SUMBER : Instagram Siti Sarah
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. anonymous

    January 25, 2021 at 12:36 pm

    TAIK ko lahh

  2. brunes

    January 25, 2021 at 11:36 am

    gaya lebih dan husban wife kuat show off dengan berpandukan alhamdwullilah rejeki murah datang dari aolloh, tapi hakikatnya jadi puppet kepada scammer dan money launderer. siti sarah, pls lah netizen tak bodoh. kalau weolls connect the dot sendiri pun dah tahu how you and hubby’s story goes. nek time janganlah kuat show off, kalau ada wang rilex je. sekarang kan dah kantoi. oops pulak kau nak meng-covernye dan plays the victim.. diam sudahlah k?

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top