Penyanyi Siti Sarah yang juga isteri kepada pelawak dan pelakon Shuib Sepahtu tampil meluahkan rasa berang kepada portal-portal berita yang tidak bertanggungjawab kerana sering saja menyebarkan berita tidak benar dan berunsur fitnah terhadap mereka berdua.
Menurut Siti Sarah, dia dan Shuib sering menjadi mangsa fitnah portal berita yang bertebaran di media sosial berikutan kontroversi yang melanda mereka sebelum ini.
Dia dilihat telah menzahirkan perasaan kesal itu menerusi akaun Instagramnnya baru-baru ini. Dalam pada itu, Siti Sarah juga tampil mempersoalkan sikap segelintir netizen yang seolah-olah menjadi wartawan yang ‘tidak bertauliah’ dan sering membuat andaian mengenai apa-apa berita yang dikaitkan dengan mereka berdua.
View this post on Instagram
“Kononnya nak menegakkan kebenaran. Semua nak jadi wartawan kononnya sedangkan info pun salah! Menggunakan populariti sesuatu kes untuk jual produk. Mula-mula post cerita pasal duit haram bagai. Post seterusnya alih-alih jual ubat kelamin dan sebagainya. Macam tak faham saya dengan fitnah orang.”
Terdahulu, Shuib Sepahtu telah dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tujuan untuk membantu siasatan berhubung dengan kes Macau Scam. Berikutan itu, pasangan suami isteri yang baru sahaja memulakan perusahaan berasaskan minuman mengandungi madu lebah ini dikritik hebat malah ada individu yang sanggup datang ke cawangan kedai hanya untuk melemparkan kata-kata kesat dan mendesak agar perniagaannya ditutup.
View this post on Instagram
Media tempatan sebelum ini melaporkan bahawa Shuib kini dalam proses meminta SPRM untuk mengeluarkan kenyataan yang menyatakan dia tidak terlibat dalam kes penggubahan wang haram itu dengan tujuan untuk membersihkan namanya daripada dikaitkan dengan isu berkenaan.