Written by AbangNara | August 26th, 2019

Kembali mencipta nama menerusi drama Kau Yang Pertama, Tasha Shilla kini semakin matang dalam pergaulan dan kehidupan. Kalau dulu hampir setiap minggu ada sahaja kontroversi yang melanda pelakon ini, kini namanya bebas serta kurang menjadi perbualan di kalangan netizen. Tiada lagi Tasha Shilla yang seksi, tiada lagi Tasha Shilla yang putus cinta dan tiada lagi Tasha Shila yang liar. Kini yang tinggal hanya Tasha Shilla yang fokus dalam kerjaya.

tasha shilla

Dan sesungguhnya Abang Nara pasti para peminat Tasha Shilla gembira dengan perubahan ini. Apa yang telah berlaku sebelum ini semuanya dijadikan pengajaran buat Tasha agar ia tidak berulang kembali. Paling menarik, Tasha tidak lagi suka menghabiskan masa di luar, sebaliknya duduk di rumah membaca buku untuk memotivasikan diri.
tasha shilla

Kata Tasha Shilla:-

Dahulu, saya teruja dan ghairah berkongsi apa sahaja perkara, termasuk hal peribadi. Mungkin kerana usia masih muda, saya tidak berfikir panjang, sedangkan tanpa saya sedari, tindakan itu sebenarnya memakan diri.

Namun, sekarang saya lebih selesa hanya berkongsi perkara berkaitan kerjaya. Selebihnya, biar saya simpan sendiri. Cara itu membuatkan saya lebih bahagia.

Apa yang berlaku membuka mata saya untuk mengenali siapa kawan dan siapa lawan. Ketika saya jatuh dan sakit, keluarga menjadi nadi yang menguatkan semangat saya untuk kembali bangkit meneruskan hidup.

Dahulu, saya seronok setiap kali keluar dan dapat bersama kawan. Memang kawan saya ramai, tetapi sekarang saya belajar bataskan pergaulan.

Saya juga tidak lagi gemar membuang masa di luar. Lebih baik saya bersama keluarga dan apabila ada masa terluang, saya akan membaca buku, terutama berkaitan motivasi

tasha shilla

Semoga Tasha Shilla terus istiqamah dengan perubahan ini. Dan semoga Tasha akan menjumpai seorang lelaki yang boleh dijadikan suami, sekaligus membimbingnya ke jalan yang lebih diredhaiNya. Tahun ini Tasha sudah pun mencecah usia 32 tahun, jadi memang cantik sangat untuk mula berfikir tentang perkahwinan. Pastinya para peminat pun tak sabar nak melihat si cantik ini bersanding di atas pelamin. Tak gitu? Sumber Berita Harian.

6 responses to Sekarang Saya Belajar Bataskan Pergaulan – Tasha Shilla

  1. Anonymous says:

    Baca/dengar boleh, percaya jangan :p

  2. Anonymous says:

    Tak tengok drama kalau ada awak….tasha silha…. nak buat cameback…. lepas tu go back pula mcm dulu….. retis cuma mau job jak tak kan berubah lepas tu tuduh netizeen

  3. KakKiah says:

    Ye lah.

    Takde orang nak komen ke sini ?

  4. Oh my english says:

    Pls improve on your english in the drama. Its so broken that watching u act is like listening to daggers pearcing ones ears. All the malay dramas pls hire an english teacher for actresses like this. Its so ‘malu’.

  5. Anonymous says:

    bukan ke”sy xnk hipokrit,sy hya jd diri sy yg sbnar”: kata retis2 seksi yg tetek tersembul

  6. anonymous says:

    unik tasha sebenarnya,lain dari yg lain baik dari wjah personaliti fashion sense & lakonan ,eksotik pulak tu

Tinggalkan Komen Anda Di Sini