“Sekarang Ni Salah Siapa? Cuba Bagitau” – Kantoi Guna Chatgpt Buat Ayat Romantis, Suami Anzalna ‘Explain’

Hiburan

“Sekarang Ni Salah Siapa? Cuba Bagitau” – Kantoi Guna Chatgpt Buat Ayat Romantis, Suami Anzalna ‘Explain’

Siaran langsung pelakon Anzalna dan suami, Hanif Zaki membuatkan netizen ketawa gara-gara penjelasan Hanif mengenai hantarannya sebelum ini yang dimuat naik pada hari pernikahan Fattah Amin dan Amira Othman.

Pada majlis tersebut, Hanif telah memuat naik foto memaparkan Anzalna yang menjadi bridesmaid Amira dan memuji kecantikan isterinya.

Advertisement

Namun, apa yang menjadi sebutan adalah apabila Hanif kantoi menggunakan Chatgpt untuk menulis ayat romantis berkenaan.

hantaran Hanif Zaki

Gara-gara terlupa memadam ayat daripada Chatgpt pada hantaran itu, Hanif disindir ramai dan membuatkan netizen terhibur dengannya.

Sekarang ni salah siapa? Cuba korang bagitau sekarang ni salah siapa?

Dalam pada itu, Anzalna kemudian berkata dia tidak malu apabila suaminya menggunakan Chatgpt kerana ia lebih baik daripada Hanif bertanya kepada wanita lain.

Tapi, pada I takpe. Yang penting you tanya AI, bukan tanya betina lain. You jangan berani tanya ayat-ayat romantik dekat betina lain.

 

View on Threads

 

Jelas Hanif, dia telah memuat naik hantaran di Instagram dengan kapsyen yang sama dan disunting kemudiannya namun tidak menyedari ia telah dimuat naik secara automatik ke akaun Threads juga.

Hanif kemudian memadam hantaran berkenaan di Threads selepas ramai netizen menyedari hal itu dan mentertawakan situasi berkenaan.

Rata-rata netizen yang menonton siaran langsung pasangan itu terhibur dengan gelagat mereka yang ‘masuk air’ dan ramai berkata Anzalna dan Hanif memang sekufu dek kerana sikap itu.

2025-09-17 11:06:59

Diugut 'Unfollow' Dek Jadi 'Dulang Girl' Fattah & Amira, Anzalna Beri Respon - "Ada Suka Ada Tak Suka, Kita Chill Je"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...