“Sekarang Ni Dia Ke Yang Jadi Penyondol?” – Tak Tahan Adik Jadi Mangsa Kecaman, Kakak Umisya Mazlan Tampil Bidas Netizen

Kehidupan

“Sekarang Ni Dia Ke Yang Jadi Penyondol?” – Tak Tahan Adik Jadi Mangsa Kecaman, Kakak Umisya Mazlan Tampil Bidas Netizen

Tidak berdiam diri adik menjadi mangsa keadaan, kakak kepada Umisya Mazlan iaitu Nadia telah tampil membidas segelintir individu yang menggunakan akaun palsu untuk mengecam adiknya di media sosial.

Berhenti buat fake account

Oleh kerana itu, Nadia memuat naik beberapa hantaran di Instagram story meluahkan rasa kurang senang terhadap komen-komen negatif yang diterima oleh madu kepada Marissa Dania itu.

Advertisement

Sekarang ni dia ke yang jadi penyondol?

 

Cukup-cukuplah rosakkan hati dia. Berhenti buat fake account untuk sebar benda-benda negatif. Sekarang ni dunia teknologi, kamu buat fake account berapa banyak pun kami semua tahu. Jadi tolong berhenti.

Umisya tak pernah minta ini terjadi

Bukan itu sahaja, Nadia turut memberitahu ujian yang dihadapi adiknya itu bukan sesuatu yang diminta. Malah, Umisya juga berharap agar semua yang terjadi pada rumah tangganya itu merupakan mimpi semata-mata.

Lagi satu, Tahu tak apa yang dia nak? Dia nak bila bangun dari tidur semua ni adalah mimpi. Mimpi yang tak pernah berlaku dan terjadi dalam hidup. Mimpi yang akan merubah kehidupan dia dan anak-anak.

 

Tapi, dia hidup dalam realiti, itu yang dia kena terima. Bercerai? Sudah pernah bercerai. Tapi Allah masih panjangkan jodoh mereka. Jadi kamu semua nak salahkan Allah dalam takdir yang sedang dia lalui?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by JATIKA | GARMENTS & MORE (@jatika.my)

Dalam pada itu, Nadia juga mendedahkan pendedahan yang dilakukan oleh Umisya berkenaan suaminya terdahulu itu bukan kerana sengaja ingin membuka aib. Sebaliknya, itu adalah permintaan keluarga agar memberi pengajaran kepada suaminya ketika itu.

6 months ago

Rakan Kongsi ‘Screenshot’ Mesej Di Whatsapp, Umisya Kini Hamil Anak Ketiga? - “Nanti Saya Masak Sedap Untuk Bumil”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...