“Sekarang Ni Aku Nak Kekal Waras Je..” – Khairul Aming Tertekan Website ‘Crash’, 50,000 Orang Cuba Tempah ‘Seat’ Di Rembayung

Kehidupan

“Sekarang Ni Aku Nak Kekal Waras Je..” – Khairul Aming Tertekan Website ‘Crash’, 50,000 Orang Cuba Tempah ‘Seat’ Di Rembayung

Platform tempahan slot restoran Rembayung milik pempengaruh dan usahawan terkenal Khairul Aming mengalami gangguan hanya lima minit selepas dibuka pada jam 9 malam, susulan sambutan luar biasa daripada orang ramai.

Tempahan bagi tempoh tujuh hari bermula 6 Januari itu menyaksikan lonjakan trafik mendadak sehingga menyebabkan sistem tempahan dalam talian tidak dapat diakses sepenuhnya dalam tempoh singkat.

Advertisement

Menerusi live Instagram Khairul Aming malam tadi, walaupun berdepan gangguan, proses tempahan diteruskan sehingga jam 10 malam, dengan seramai 2,641 pelanggan berjaya mendapatkan slot sepanjang tempoh yang ditawarkan.

Menurut usahawan itu, kira-kira 50,000 ‘user’ cuba untuk melakukan tempahan di restoran pertama milik Khairul Aming.

Perkembangan tersebut dikongsikan sendiri oleh Khairul Aming menerusi satu siaran langsung di TikTok, di mana beliau memaklumkan pasukannya sedang berusaha menambah baik sistem agar pengalaman tempahan lebih lancar pada masa akan datang, memandangkan permintaan yang diterima jauh melebihi jangkaan awal.

ka

Fenomena itu sekali gus mencerminkan minat tinggi orang ramai untuk mencuba sajian di Rembayung yang sebelum ini kerap dipromosikan menerusi platform media sosial milik beliau.

Dalam masa sama, platform tempahan tersebut turut menjadi bualan warganet apabila ramai meluahkan rasa kecewa kerana tidak berjaya mengakses sistem dalam tempoh tempahan dibuka.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-01-04 16:40:47

"Bawa Gadis 'Yeye', Ada Mini Bar.." - Individu Dedah ‘Budaya Mess Pegawai’, Netizen Desak Siasatan Lanjut

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...