Sekarang Ini Semua Perkara Perlukan Duit, Cinta Tanpa Duit Seperti Tidak Bernilai – Izreen Azminda

Hiburan

Sekarang Ini Semua Perkara Perlukan Duit, Cinta Tanpa Duit Seperti Tidak Bernilai  – Izreen Azminda

Sebut sahaja nama Izreen Azminda pasti ramai juga yang setuju bahawa wanita ini persis seperti anak dara meskipun sudah mempunyai seorang anak. Malah, beliau juga tidak pernah menghiraukan status sebagai janda untuk terus berjaya dalam apa sahaja bidang yang beliau ceburi.

Advertisement

Pernah gagal dalam percintaan dan juga perkahwinan, Izreen bagaimanapun memberitahu beliau tidak serik untuk mencari cinta dalam hidupnya.

Izreen mengidamkan seorang lelaki yang mempunyai kewangan yang kukuh dan pada masa yang sama boleh membimbingnya.

Saya suka lelaki yang boleh memberi saya sumber inspirasi, kuat bekerja dan mampu memimpin saya. Bukanlah mencari kemewahan, cukuplah dia boleh menjaga saya dengan baik.

Sekarang ini semua perkara perlukan duit. Cinta tanpa duit seperti tidak bernilai. Tidaklah mencari seseorang yang kaya-raya. Seperti saya katakan, cukuplah dia mampu untuk menjaga saya.Bukan sahaja dari segi wang ringgit, perlu juga cukup ilmu dan pengetahuan agama.

Meskipun tidak serik untuk bercinta tetapi Izreen buat masa sekarang tidak mahu terlibat dalam sebarang komitmen.

Apabila orang cuba dekat, saya katakan tidak buat masa sekarang. Saya boleh berkawan dengan sesiapa sahaja namun tidak mahu sebarang komitmen. Kosong komitmen! Saya gembira dengan kehidupan sekarang membesarkan anak dan juga meneruskan kerjaya. Apa sahaja yang saya buat tidak perlu meminta izin sesiapa.

Memang betul zaman sekarang ini kalau tiada duit memang tidak boleh hidup tetapi cinta juga perlu untuk makanan rohani bukan? Kalau pasangan itu tidak seberapa kita boleh usaha sama-sama untuk menjalani kehidupan yang lebih baik.

Sumber Berita: Mangga Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...