“Sekarang Hidup Saya Gembira” – Sharnaaz Ahmad Tak Terkesan Ada Netizen Ungkit Isu Nafkah RM500 Kepada Bekas Isteri

Hiburan

“Sekarang Hidup Saya Gembira” – Sharnaaz Ahmad Tak Terkesan Ada Netizen Ungkit Isu Nafkah RM500 Kepada Bekas Isteri

Pelakon Sharnaaz Ahmad memaklumkan bahawa dia sama sekali tidak terkesan dengan kritikan netizen yang mengungkit akan perihal nafkah RM500 yang diberikan kepada bekas isterinya, Noor Nabila.

Ujar Sharnaaz, dia tidak peduli akan perkara negatif kerana sering menerima komen sebegitu dalam media sosialnya.

Advertisement

Saya tak kisah pun sebab banyak sahaja komen sebegitu sebelum ini. Saya tidak terkesan dan semua sudah tahu tentang isu nafkah RM500 tersebut, itu zaman bila?

Dia cakap benda itu pun tak menggores hati dan sekarang hidup saya pun gembira.

Sharnaaz dalam pada itu berkata bahawa individu yang mengungkit isu nafkah itu sbenarnya mempunyai masalah berkaitan kesihatan mental.

Sebenarnya perempuan itu turut kacau semua orang, bukan saya sahaja. Mungkin dia ada sedikit masalah di sini (mental) cuma harap dia jangan guna gambar anak bila nak cakap negatif tnetang orang lain.

Sekadar info, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga dengan kakak kepada personaliti TV Neelofa, Noor Nabila pada Mac 2017.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia 7 tahun.

Sharnaaz dan Nabila kemudiannya bercerai pada Julai 2020 dan Nabila memaklumkan bahawa Sharnaaz tidak memberikan nafkah zahir mencukupi iaitu hanya RM500 sebulan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Aisha retno konsert dibatalkan
1 month ago

Aisha Retno Kecewa Penganjur Batal Konsert Malam Sutera, Anggap Satu Penindasan - "Ini Tidak Sepatutnya Berlaku"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : HibGlam

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...