“Sekarang Hamil 3 Bulan” – Wanita Belanja Lelaki ‘Check In’ Sebab Dapat Cincin Emas, Tapi Bila Bangun Pagi…

Kehidupan

“Sekarang Hamil 3 Bulan” – Wanita Belanja Lelaki ‘Check In’ Sebab Dapat Cincin Emas, Tapi Bila Bangun Pagi…

Hanya kerana dihadiahkan sebentuk cincin, seorang wanita sanggup belanja lelaki baru dikenalinya menerusi aplikasi ‘dating’ Omi, tidur di hotel.

Lebih menambah kekusutan, wanita itu kini hamil tiga bulan hasil hubungan intim bersama lelaki yang dikenalinya beberapa bulan lalu.

Advertisement

Kisah ini tular selepas dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter di mana wanita tersebut dikatakan mahu menamatkan riwayatnya kerana terlalu buntu.

 

Dapat cincin emas, belanja ‘check in’ hotel

Berdasarkan cerita wanita itu, dia dan lelaki berkenaan sering berhubung menerusi panggilan video dan mesej sahaja sehinggalah mereka berjumpa selepas tiga hari berkenalan.

Katanya, pada pertemuan kali pertama itu mereka berkongsi wang dan membeli cincin emas RM4,000 sebelum lelaki tersebut memberikan kepadanya.

Sebagai balasan saya peruntukkan wang untuk semua perbelanjaan hari itu. Kami ambil keputusan untuk check in.”

Jelasnya semua belanja termasuklah hotel, makan dan membeli belah ditanggung olehnya kerana lelaki tersebut sudah menghadiahkan cincin emas mahal.

 

Bangun pagi, hilang…

Dia turut mendedahkan mereka telah melakukan hubungan seks tanpa ‘perlindungan’ ketika berada di hotel tersebut.

Namun, malangnya ketika dia bangun pada pagi keesokan hari lelaki tersebut sudah tiada dan telah membawa lari telefon bimbit serta cincin emas tersebut.

Lebih mengecewakannya selepas membuat laporan polis, dia dimaklumkan bahawa kes tersebut tidak dapat diambil tindakan lanjut memandangkan tiada unsur paksaan yang berlaku.

Lelaki itu guna nama dan maklumat palsu. Tak ada gambar kerana telefon bimbit kena curi, hanya ada CCTV. Lebih teruk sekarang saya mengandung 3 bulan. Bunuh diri satu-satunya pilihan.”

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai warganet di aplikasi twitter di mana rata-ratanya meluahkan rasa simpati terhadap nasib wanita berkenaan.

Sementara itu, ramai yang turut mengambil kesempatan untuk menasihati wanita lain agar lebih berhati-hati dan ambil iktibar daripada kisah ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

6 bulan lalu

"Baru Kenal 2 Hari" - Jemput Depan Sekolah, Lelaki Larikan & R*gol Remaja Perempuan Bawah Umur

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

4 Comments

  1. peace

    September 15, 2022 at 8:03 am

    Wahai wanita, jagalah maruah kamu. sayangi diri kamu. Ya Allah lindungi la diri kami dan zuriat keturunan kami daripada perbuatan zina. Jangan mudah percaya pada lelaki yang baru dikenali. Amalkan doa pelindung diri setiap hari. xperlu nak cuba2 apps dating yang bukan2 tu.

  2. Anu

    September 15, 2022 at 2:47 am

    Nasib dapat baby, kalau dpt aids?

  3. Anonymous

    September 14, 2022 at 11:14 pm

    tapi curi mobile phone boleh report kan. buat la kerja sikit polis pon. yg pompuan, guna la lagi dating app jumpa org. xlaku sgt ke desperate.

  4. anonymous

    September 14, 2022 at 8:20 pm

    habuan la gatai merenyam pi bagi poen sapa suruh dah buntin dok buat cerita nak bunuh diri

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...