“Sekarang Dah Dapat Income Kan..” – Terpaksa Tanggung Kos Sekolah Anak Seorang Diri, Shuhada Gesa Hafidz Roshdi Jalankan Tanggungjawab

Hiburan

“Sekarang Dah Dapat Income Kan..” – Terpaksa Tanggung Kos Sekolah Anak Seorang Diri, Shuhada Gesa Hafidz Roshdi Jalankan Tanggungjawab

Ekoran khabar aktor sensasi Hafidz Roshdi dikatakan akan kembali bergiat sebagai seorang pelakon, bekas isteri kepada pelakon tersebut pula tampil menuntut tanggungjawab terhadap anak mereka.

Selesaikan tanggungjawab sebagai bapa

Menerusi hantaran yang dikongsikan di Instagram, Shuhada mendedahkan bukti perbualan bersama ejen insurans serta cikgu sekolah anaknya.

Advertisement

Bukan orang tak pernah minta personal, memang semua melalui personal tapi tak ambil tindakan jadi saya di sini ambil kesempatan untuk minta anda selesaikan tanggungjawab sebagai seorang bapa,

 

Sepanjang perjalanan ni semua saya yang tanggung semuanya, dibantu oleh kedua ibu bapa saya juga, untuk semua urusan, kalau anda sedar dengan hukum Allah dan sebagainya mohon taubat sebelum terlambat, friendly reminder to you.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shu as it SHU ! (@shushukriii)

Kos sekolah anak cecah RM11K

Bukan itu sahaja, di hantaran yang sama, ibu kepada dua anak ini turut memberitahu dirinya seorang telah menanggung kos pembayaran sekolah anaknya yang mencecah sekitar RM11,000.

Shuhada juga memberi peringatan untuk Hafidz agar segera menyelesaikan pembayaran.

Tiada alasan seperti periuk nasi tertutup dan sebagainya, yang buat periuk nasi tertutup tu diri sendiri punya pilihan, jadi kenapa anak-anak yang perlu tanggung akibatnya? Mereka layak untuk hidup seperti biasa,

 

Jadi sekarang dah dapat income kan? Mohon selesaikan bagi pihak Umar Bin Muhammad Hafidz, jangan asyik berseronok sahaja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shu as it SHU ! (@shushukriii)

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

hafidz roshdi
4 weeks ago

"Allah Bagi Peluang Kedua" - Ditawar Berlakon Selepas Setahun Tiada Tawaran, Hafidz Roshdi Syukur Dapat Kembali Di Industri Seni

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...