Ekoran khabar aktor sensasi Hafidz Roshdi dikatakan akan kembali bergiat sebagai seorang pelakon, bekas isteri kepada pelakon tersebut pula tampil menuntut tanggungjawab terhadap anak mereka.
Selesaikan tanggungjawab sebagai bapa
Menerusi hantaran yang dikongsikan di Instagram, Shuhada mendedahkan bukti perbualan bersama ejen insurans serta cikgu sekolah anaknya.
Bukan orang tak pernah minta personal, memang semua melalui personal tapi tak ambil tindakan jadi saya di sini ambil kesempatan untuk minta anda selesaikan tanggungjawab sebagai seorang bapa,
Sepanjang perjalanan ni semua saya yang tanggung semuanya, dibantu oleh kedua ibu bapa saya juga, untuk semua urusan, kalau anda sedar dengan hukum Allah dan sebagainya mohon taubat sebelum terlambat, friendly reminder to you.
View this post on Instagram
Kos sekolah anak cecah RM11K
Bukan itu sahaja, di hantaran yang sama, ibu kepada dua anak ini turut memberitahu dirinya seorang telah menanggung kos pembayaran sekolah anaknya yang mencecah sekitar RM11,000.
Shuhada juga memberi peringatan untuk Hafidz agar segera menyelesaikan pembayaran.
Tiada alasan seperti periuk nasi tertutup dan sebagainya, yang buat periuk nasi tertutup tu diri sendiri punya pilihan, jadi kenapa anak-anak yang perlu tanggung akibatnya? Mereka layak untuk hidup seperti biasa,
Jadi sekarang dah dapat income kan? Mohon selesaikan bagi pihak Umar Bin Muhammad Hafidz, jangan asyik berseronok sahaja.
View this post on Instagram
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.