July 23rd, 2019

Pelakon Mira Filzah dikenali sebagai wanita cantik dengan imej lemah lembut, membuatkan mana-mana lelaki ‘cair’ melihat perwatakannnya itu.

Namun, jangan sengaja hendak provokasi Mira dan cari fasal dengannya. Sekali dia balas, memang padu habis dan boleh melontarkan kata-kata sarkastik yang menusuk terus ke dalam hati.

Advertisement

Baru-baru ini, menerusi laman Twitter, Mira berkongsi luahan menyatakan semua manusia mempunyai perasaan termasuklah juga selebriti.

Bagaimanapun, disebalik kata-kata nasihat yang diberikan Mira, ada pula seorang netizen ini yang tiba-tiba sahaja mengkritik penampilan pelakon itu.

Tidak hanya berdiam diri, Mira telah mengenakan kembali individu tersebut dengan memuat naik kembali kata-kata hikmah yang pernah ditulis oleh individu itu. Ibarat, cakap tidak serupa bikin.

Advertisement

Rata-rata netizen tidak sangka disebalik imej lembut Mira, ternyata dia seorang yang berani. Mereka menyokong tindakan Mira yang menyelar kata-kata negatif berunsur fitnah.

Bak kata pepatah sarang tebuan jangan dijolok. Jangan sangka bila perwatakan seseorang itu lemah lembut, anda boleh buat sesuka hati. Tidak salah kalau hendak menegur, tetapi biarlah dengan cara yang lebih berhemah.

Sumber Berita : Media Hiburan

Advertisement

33 responses to “Sekarang Dah Boleh Nampak Leher Dan Betis – Diperli Netizen, Ini Respon Padu Mira Filzah”

  1. Berkata says:

    Ingat, org menegur krn sayangkn awak sbg saudari semuslim. Kalau tak suka diam. Org menegur benda BETUL. trendy x kemana. Akhlak berbicara penting di mata rakyat. Esok kami x pandang dah rancangan2 yg ada muka awak dah.

  2. Surihati says:

    Bg teguran tak salah..tp mgkritikk smpai tak igt dosa pahala ni mcm mna..rasanya yG mgkritik ni tudung labuh2 ke smua?ala ustajahh ke smua? Nak kritik pun bia diri kita ni sempurna dulu..klu 2×5 je better hang kritik diri hang dulu sblum duk sbuk jaga tepi kain retiss.. Tkut esok2 hang smua kena merangkak pi cari mira piljahh tu nk mtk maaf.. Tegur bia berpada2 jgn smpai kritik mengata mcm kita je sempurna..islam suruh kita tegur ada cara nya.. Bkn mmgata bukan2..

  3. Mengaib, memfitnah bakal memjurus kita ke neraka. Bawa2 takutlah kpd dunia akhir zaman ni. Biarlah artis2 tu dgn dunia mereka.

  4. Mrs n says:

    Dia ni dr awal muncul smpai skrg. Ak xpnh minat dia.

  5. Jason Miraz says:

    Yela Mira jela yang betul. Orang lain salah.

Loading...