Baru-baru ini, usahawan pizza wagyu dikenali ramai iaitu Jofliam tampil memuat naik hantaran di platform Instagram memaparkan dirinya mendaftar anak ke sekolah antarabangsa.
Nak ajar tentang adab punca Jofliam hantar anak ke sekolah antarabangsa
Dalam hantaran yang dimuat naik, Jofliam ada mendedahkan jumlah yuran yang perlu dibayar, di mana ia mencecah puluhan ribu ringgit.
Namun begitu, Jofliam berkata dia tidak kisah membayar yuran sebanyak itu demi masa depan anak-anaknya.
Dulu kita dibesarkan dengan manners, sekarang budak-budak tak ada adab. Sebab tu saya prefer Han masuk international school.
“So mak-mak hantar sekolah SK ni anak dia orang tak ada adab?”
Susulan kenyataan sedemikian, netizen kebanyakannya persoalkan jika Jofliam merasakan pelajar yang belajar di sekolah biasa tidak mempunyai adab yang baik.