Melalui platform TikTok baru-baru ini, pelakon dan pengacara, Amyra Rosli kongsi cerita bahawa dirinya akan berpuasa jika berat sudah mencecah 47 kilogram (kg).
Had berat hingga 45kg saja
Kata Amyra atau nama sebenarnya, Nur Amira Izzati Rosli, dia sangat menjaga berat badannya agar tidak melebihi had ‘kg’ yang sudah ditetapkan.
Difahamkan, ibu kepada dua orang cahaya mata itu mengehadkan berat badan hingga 45kg sahaja dan akan berpuasa jika sudah mencecah 47kg.
Apabila diminta untuk kongsi tips kekalkan berat badan ideal, aktres itu berkata dirinya tidak mempunyai pantang larang kecuali mengawal pengambilan makanan seharian.
Selain daripada mengawal pengambilan makanan seharian, Amyra turut berkata kurang mengambil makanan berminyak serta manis.
Saya tidak suka yang berminyak, mungkin sebab itu juga saya boleh kekalkan berat badan. Kalau nak mula seminggu dua memang susah, kena buat dari awal.