“Sekarang Baru Saya Sedar” – Aisar Khaled Menyesal Selalu Buat Konten ‘Bod*h’, Akui Dulu Kejar Populariti

Trending

“Sekarang Baru Saya Sedar” – Aisar Khaled Menyesal Selalu Buat Konten ‘Bod*h’, Akui Dulu Kejar Populariti

Sering terpalit dengan kontroversi, ‘influencer’ Aisar Khaled, 21, mengakui bahawa dia akur dengan kesilapan yang pernah dilakukan.

Memetik laporan sumber, Aisar mengakui kontroversi sebelum ini dicetuskan demi mengejar populariti tanpa memikirkan impak yang bakal diterima di kemudian hari.

Advertisement

Sebagai pencipta kandungan, apa yang diinginkan untuk dikenali dan menjadi popular. Bila nama dikenali, mudah buat duit apabila ditawarkan membuat ulasan produk untuk jenama terkenal, kempen dan sebagainya…

…Akibat terlalu taasub menjadi popular dan kaya, ia membuatkan saya alpa sehingga segala benda hendak dijadikan kandungan tanpa memikirkan impak. Akhirnya, memakan diri saya.”

Dalam pada itu, Aisar menyatakan dirinya menerima setiap teguran yang diberi oleh netizen serta menasihatkan pencipta konten yang sedang berjinak-jinak dalam media sosial supaya lebih berhati-hati dengan kandungan yang dihasilkan.

Saya terima teguran netizen untuk dijadikan iktibar. Sekarang, baru saya sedar benda baik pun boleh dijadikan kandungan, bukan benda buruk sahaja…

…Mungkin dahulu saya masih baru dan teruja dengan perhatian sehingga sanggup ‘memperbodohkan’ diri sendiri.”

Terdahulu, Aisar pernah dikritik hebat selepas menziarahi pusara Allahyarham Siti Sarah sambil menawarkan wang tunai kepada pengikutnya.

Selain itu, pempengaruh media sosial itu juga pernah dikecam selepas ‘kantoi’ hanya menyewa rumah berharga RM1 juta yang didakwa telah dibeli olehnya.

Aisar Khaled
3 years ago

Buat Perangai Solat Atas Jalan, Video Peringatan Aisar Khaled Undang Persoalan Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...