“Sekarang Baru 20 Peratus Je” – Zarina Anjoulie Akui Bakal Berkahwin Tak Lama Lagi

Hiburan

“Sekarang Baru 20 Peratus Je” – Zarina Anjoulie Akui Bakal Berkahwin Tak Lama Lagi

Dilihat telah memberi bayangan buat pengikutnya di laman Instagram bahawa dirinya bakal mendirikan rumah tangga sekali gus menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat, pelakon sensasi Zarina Anjoulie dikhabarkan turut berkongsi beberapa gambar persiapan awal termasuk memilih baju kahwin di media sosial tersebut.

zarina anjoulie bakal berkahwin

Advertisement

Menurut Zarina, tiada majlis pertunangan akan dilakukan malah beliau mengesahkan yang dirinya akan terus berkahwin tidak lama lagi.

“Ye betul, saya akan berkahwin tidak lama lagi, confirm. Saya tak tunang pun terus kahwin je nanti.”

Ujar Zarina, persiapan perkahwinannya telah siap 20 peratus sahaja, namun mendedahkan baju kahwinnya juga telah ditempah.

https://www.instagram.com/p/CCtQE1RM7PA/

“Setakat ini persiapan masih awal. Sekarang baru 20 peratus je. InsyaAllah saya akan maklumkan nanti tarikhnya. Doakan segala persiapan kami dipermudahkan,”

Terdahulu, Zarina menyatakan beliau dan teman lelaki sebelum ini hamper menjalani kursus perkahwinan. Bagaimanapun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan baru-baru ini telah menyebabkan pasangan ini terpaksa menangguhkan dahulu hasrat mereka.

Untuk rekod, Zarina sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, namun jodoh tidak berpanjangan, Zarina dan bekas suami disahkan bercerai sekitar Disember 2016.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...