Anak sulung kepada usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri, Ammar Ahyan, 17, kini semakin menjadi perhatian di media sosial apabila menerima puluhan tawaran untuk membuat reviu berbayar.
Menurut Ammar, walaupun banyak tawaran diterima, dia tetap selektif kerana setiap kerjasama perlu melalui tapisan bapanya terlebih dahulu. Apa yang mengejutkan, bayaran bagi satu hantaran di media sosial mampu mencecah sehingga RM10,000 bergantung pada produk.
Katanya kepada mStar,
Banyak yang cari saya untuk buat reviu, tapi abah hanya benarkan saya ambil beberapa tawaran. Ada yang sampai tawarkan RM10,000 untuk satu post.
Ammar turut berkongsi pengalaman awalnya membuat reviu makanan, namun menegaskan hanya akan mempromosikan produk yang benar-benar diyakininya.
Jika tidak sesuai, dia sanggup memulangkan bayaran. Baginya, tawaran reviu bukan keutamaan, sebaliknya fokus utama adalah membantu bapanya mengembangkan lagi empayar perniagaan keluarga.