Sekali lagi peminat kumpulan nasyid Inteam hampa selepas tiket konsert Kasih Kekasih Inteam 25 tahun dengan tarikh serta lokasi baharu habis terjual dalam masa satu jam saja.
Memang dinanti-nantikan, peminat kebanyakannya menunggu awal untuk membuat pembelian namun tetap gagal mendapatkan tiket berkenaan.
View this post on Instagram
Buat kali kedua gagal battle. Sangat kecewa. Berjaya pilih seat lepas tu gagal.
Sementara itu, kumpulan Inteam meluahkan rasa syukur yang tak terhingga terhadap sambutan hangat yang diterima di kalangan peminat di akaun Instagram mereka.
Dalam pada masa yang sama, mereka juga seakan-akan memberi bayangan untuk menambah bilangan hari persembahan sebagai kejutan.