Kalau anda masih ingat, tahun lalu seorang wanita viral di media sosial selepas muncul berkebaya di dalam satu mesyuarat di pejabat menteri. Wanita dikenali sebagai Cleopatra itu turut didakwa merupakan pembantu peribadi YB Syed Saddiq namun itu semua hanya dakwaan semata-mata.
Baca: “Dia Perempuan Sejati”, YB Syed Saddiq Jawab Isu Tular Wanita Berkebaya Hadiri Mesyuarat
Kali ini, Cleopatra sekali lagi dikecam oleh netizen selepas memuatnaik gambarnya memakai kebaya ke pejabat menteri baru-baru ini. Sehinggakan ada yang mempersoalkan motifnya memakai begitu dan memuatnaik video seperti itu di media sosialnya.
They told me I can’t wear Kebaya in Ministry. But let’s just wear it ? pic.twitter.com/8v7YmvxIxa
— Cleopatra ?? (@lxcleopatraxl) February 3, 2020
Video yang dimuatnaik itu dikecam kerana menunjukkan bahagian dada dan bukannya difokuskan kepada keseluruhan penampilannya itu. Pada tahun lalu, dia turut memakai pakaian kebaya untuk ke mesyuarat yang dihadiri oleh menteri.
“Mana-mana tempat dan event pun mesti ada dresscode. Jangan nak buat sukahati je.”
“Tak ada siapa nak halang pakai kebaya tapi pakailah yang bersesuaian.”
“Nak tunjuk kebaya ke apa ni?”
Sebelum ini, ada yang mempersoalkan jantina sebenar wanita ini yang dituduh sebagai seorang transgender. Namun, bekas suami kepada Cleopatra tampil dan membuat pengakuan sebenar bahawa dia sememangnya seorang wanita. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.
Artikel berkaitan: “Dia Wanita Tulen Dan Ibu Kepada Dua Orang Anak Saya”, Bekas Suami Beri Penjelasan