Personaliti media sosial terkenal, Ameera Khan yang juga adik kepada selebriti Neelofa sekali lagi menarik perhatian warga maya apabila dia berkongsi beberapa keping foto dia menggayakan baju yang agak ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh.
Ameera yang dikenali sebagai Little Miss Khan itu ada memuat naik foto kolaborasi bersama jenama mewah Fendi untuk tatapan peminat serta pengikut Instagramnya.
View this post on Instagram
Menerusi hantarannya itu, dia tampil menggayakan gaun santai paras lutut yang digayakan bersama stokin panjang bersama hijab.
Apa yang menjadi bahan bualan netizen adalah apabila foto tersebut telah menampakkan bentuk tubuh Ameera berikutan gambar yang telah dirakam dari sudut atas.
Menjengah ruangan komen hantaran tersebut, netizen tampil mengkritik tindakan Ameera memuat naik foto tersebut yang didakwa tidak sesuai dengan imej wanita berhijab.
View this post on Instagram
Namun ada juga yang meninggalkan komen berbaur pujian kepada adik Neelofa itu yang selalu tampil cantik dalam mengenakan pelbagai busana pakaian.
Terdahulu, Ameera tampil memaklumkan bahawa dia kini ingin membawa imej wanita berhijab sehari sebelum majlis pernikahan kakaknya, Neelofa bersama PU Riz.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.