Tular di media sosial TikTok apabila satu video memaparkan usahawan dan juga pensohor media sosial iaitu Liana Rosli menjadi tumpuan netizen gara-gara tubuh badannya yang ‘sado’.
Kerap kali tampil berpakaian seksi, Liana ataupun lebih dikenali dengan nama Kak KM kali ini disangka ahli gusti pula.
Dalam video tersebut, Kak KM dilihat bersama-sama dengan saudaranya, Lydia Rosli di sebuah pusat membeli-belah sambil berjalan berpegangan tangan.
Dia yang memakai baju ketat berwarna merah jambu itu kemudiannya dikritik kerana terlalu menampakkan susuk tubuh.
Malah, Kak KM juga disamakan dengan ahli gusti gara-gara badannya yang bersaiz besar.
Ada yang mempersoalkan keberkesanan produk jamu yang diusahakan wanita itu.
Makan jamu pun memboyot gak baiklah aku tak makan, badan sedang-sedang je.
Ramai netizen tidak ketinggalan untuk tampil mendoakan agar anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri itu agar kembali ke pangkal jalan dan memperoleh hidayah Allah S.W.T.