“Sekali Aku Pukul, Sampai Kahwin Aku Pukul!” – Viral Video Wanita Ketakutan Dipukul Bakal Suami ‘Terpaling Polis’

Kehidupan

“Sekali Aku Pukul, Sampai Kahwin Aku Pukul!” – Viral Video Wanita Ketakutan Dipukul Bakal Suami ‘Terpaling Polis’

Baru-baru ini, tular rakaman di platform media sosial seorang wanita menangis kerana dipukul oleh lelaki yang didakwa merupakan bakal suaminya.

Difahamkan, wanita terbabit turut mendakwa bahawa bakal suaminya itu adalah anggota keselamatan dan punca berlakunya pergaduhan selepas wanita terbabit mengetahui lelaki itu curang.

Advertisement

Kerana berang ditegur berlaku curang, lelaki terbabit bertindak memukul bakal isterinya dan menyalahkan wanita itu pula.

Dalam pada itu, penyanyi rap, Caprice turut memuat naik video itu dan jelas kedengaran suara wanita meraung kesakitan serta dalam keadaan takut kerana dipercayai dipukul oleh lelaki berkenaan.

Sekali aku pukul kau, sampai kahwin aku pukul sebab kau tak nak jaga perangai elok-elok.

Biarpun dipukul bertubi-tubi, mangsa cuba menenangkan keadaan dengan memberitahu bahawa dirinya tetap mahu mengahwini lelaki terbabit.

Video itu telah menarik perhatian ramai dan rata-rata berharap agar tindakan tegas diambil ke atas lelaki tersebut.

farid kamil
2 years ago

"Sampai Tahun 2023 Masih Pukul Wanita, Tunjuk Jari Satu" - Farid Kamil Dedah Isteri Masih Trauma Dipukul Seorang Individu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...