“Sekali 4 Dia Bagi…”- Pelanggan Kena ‘Perli’ Sebab Tegur Vendor Asyik Lupa Sambal Belacan

Kehidupan

“Sekali 4 Dia Bagi…”- Pelanggan Kena ‘Perli’ Sebab Tegur Vendor Asyik Lupa Sambal Belacan

Boleh dikatakan ramai orang berkongsi pengalaman tentang ketidakpuasan hati apabila menggunakan khidmat penghantaran makanan.

Kebanyakkan aduan yang dikongsikan apabila menggunakan khidmat tersebut adalah berkenaan dengan kesilapan memberi item yang dipesan dan harga yang dikenakan tidak sesuai dengan kualiti makanan.

Advertisement

Namun, kali ini kisah yang dikongsikan oleh seorang pelanggan sedikit berbeza apabila dia seperti ‘diperli’ oleh pihak vendor.

Menerusi perkongsian TikTok oleh pengguna yang dikenali sebagai Mawarossa, dia diberikan empat bekas kecil sambal belacan bersama-sama nasi goreng yang dipesannya.

Perkara tersebut berlaku kerana pelanggan meminta sambal belacan menerusi ruang permintaan khas semasa menggunakan khidmat penghantaran makanan semasa memesan makanan berkenaan.

Dikatakan pihak vendor seringkali terlupa memberi sambal belacan kepada pelanggan dan apa yang membuatkan perkara itu lucu apabila sambal belacan diberikan dalam empat bekas kecil di empat penjuru bungkusan nasi goreng yang dibeli.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berseloroh tentang kejadian itu dan ada juga yang berkongsi pengalaman sama diperli pihak vendor.

roti bakar mentega sikit
3 years ago

"Halus Je" - Lelaki Terkejut 'Order' Set Roti Bakar Dekat Kopitiam Terkenal, Sekali Inti 'Ciput'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...