“Sekadar Aksi Publisiti..” – Rina Harun Dihentam Kerana ‘Photo Op’ Dengan Mangsa Penderaan Bella

Kehidupan

“Sekadar Aksi Publisiti..” – Rina Harun Dihentam Kerana ‘Photo Op’ Dengan Mangsa Penderaan Bella

Jika dahulu, menteri kabinet Datuk Seri Rina Harun dikritik hebat oleh netizen ketika tragedi banjir yang melanda sebahagian negeri di Malaysia sekitar hujung tahun lalu dan awal tahun ini.

Antaranya, memakai kasut tinggi di pusat penempatan banjir, didakwa ‘berlakon’ sedang membersihkan kawasan banjir yang sudah bersih dan menganjurkan majlis makan malam bagi menyampaikan sumbangan banjir di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur.

Advertisement
Rina HarunSumber : Says.com 

Terbaru, Rina Harun sekali lagi menjadi bahan bualan netizen apabila dia didakwa mencari publisiti dan ‘photo op’ dengan mangsa penderaan Bella.

Tular di media sosial mengenai sebuah video yang memaparkan Rina Harun memaksa Bella untuk bergambar dan kanak-kanak itu kelihatan tidak selesa berikutan masih berada dalam fasa pemulihan.

Perkara tersebut turut dibawa ke hadapan oleh pengasas bersama Yayasan Chow Kit, Hartini Zainudin yang menganggap Rina sebagai seorang yang hipokrit dan tidak ikhlas.

Katanya kepada Free Malaysia Today, Rina hanya bertindak setelah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che Puan Khaleeda menzahirkan kebimbangan dengan apa yang terjadi kepada Bella.

Malah, kebanyakan netizen juga beranggapan perkara yang sama dan menggesa agar Rina Harun melepaskan jawatannya kerana tidak layak dan tidak cekap dalam menjalankan tugas.

TwitterSumber : Twitter  

rina harun
2 years ago

"Baru Nak Nampak Muka.."- Kenyataan Rina Harun Mengenai Isu #JusticeForBella Undang Kecaman Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...